Friday 8 March 2013

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


  • DATA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • MEMANTAPKAN SISTEM MENTOR
  • MEMANTAPKAN PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
  • MENINGKATKAN PROFESIONALISMA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • PENYEDIAAN SKT GURU KAUNSELING
  • PENYELIAAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • PERANAN KAUNSELOR DI SEKOLAH BERASRAMA
  • SENARAI SEMAK MASALAH PELAJAR
  • SEKOLAH CONTOH PERKHIDMATAN KAUNSELING TERBAIK
  • JARINGAN MESRA JAYA KE SEKOLAH RENDAH
  • PENGHARGAAN KEPADA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • PERLANTIKAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • DASAR 60:40: PENYERTAAN PELAJAR DALAM JURUSAN SAINS

RENUNGAN
Kita tidak dilahirkan terus,
       berjaya, bahagia, pandai, menang …
         Kita juga tidak dilahirkan terus,
       gagal, menderita, kecewa, jahil, kalah …
         Tetapi kita mempunyai potensi untuk kedua-duanya.

BAGAIMANA MANUSIA INGIN DILAYAN?
         Kasih sayang                 bukan                  dibenci
         difahami                        bukan                  dihakimi
         diterima                        bukan                  ditolak
         dihormati                      bukan                  dihina
         ditolong                        bukan                  disakiti
         keselesaan                    bukan                  digunakan
         berkembang                 bukan                  beku/statik 

KEJAYAAN

KUNCI KEJAYAAN DALAM PERHUBUNGAN MANUSIA IALAH UNTUK MELAYAN MANUSIA YANG MEMERLUKAN IDEA DAN PERASAAN YANG PERLU DIHORMATI WALAUPUN KITA TIDAK BERSETUJU DENGAN MEREKA. 


MEMANTAPKAN SISTEM MENTOR
         Sekolah sewajarnya melaksana dan memantapkan lagi perkhidmatan Mentor dan Mentee
         Jawatankuasa pelaksana Program Mentor Mentee dibentuk di sekolah
         Objektif pelaksanaan sistem mentor adalah berdasarkan keperluan pelajar dan sekolah
         Pemilihan dan penyesuaian mentor dan mentee bersesuaian dengan keperluan pemasalahan
         Latihan untuk mentor dan program khas pelajar hendaklah dirangka
         Pertemuan, membina hubungan, mengumpul maklumat, mengenalpasti masalah pelajar hendaklah kerap dilakukan.
         Pemantauan, mengemaskini rekod dan penilaian perlu dilaksanakan
         PRS digalakan bersama membantu menjadi rakan dan saudara mentee


MEMANTAPKAN PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Memantapkan dan menyusun semula peranan Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah
•Menggerakkan PRS supaya memainkan peranan “Bantu Diri Bantu Rakan”
•Menggalakkan PRS mengenali, mendampingi dan membina hubungan dengan rakan sebaya.
•Melibatkan PRS dengan aktiviti sekolah seperti perhimpunan pagi, Program Mentor Mentee dan sebagainya
•Memberikan latihan meningkatkan serta memantapkan kemahiran asas PRS
•Menggalakkan PRS membantu dan menyampaikan maklumat kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi kes-kes kronik 

MENINGKATKAN PROFESIONALISMA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING•Meningkatkan profesionalisma dengan mengadakan perjumpaan yang lebih kerap pada peringkat PPD dan JPN.
•Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling peringkat Daerah dan Negeri.
•Kerap mengadakan perbincangan dan perkongsiaan maklumat mengenai aktiviti dan program di sekolah
•JPN, PPD dan Jawatankuasa Kaunseling menganjurkan kursus atau program peningkatan profesionalisma guru Bimbingan dan Kaunseling



ISU PERKHIDMATAN GURU BIMBINGAN DAN GURU KAUNSELING
•Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling seharusnya melaksana dan memantapkan perkhidmatan Mentor Mentee dan PRS di sekolah.
•Meningkatkan perkongsian ilmu antara Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling dengan menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling peringkat Daerah dan Negeri
•Penyeliaan Guru Bimbingan dan Guru kaunseling dilaksanakan oleh Penyelia Kaunseling JPN dan PPD untuk melihat keberkesanan perkhidmatan.
•Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling membuat pelaporan perkhidmatan kepada PPD, JPN dan KPM
•Meningkatkan peranan Guru Kaunseling di asrama.
•Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling mengenalpasti masalah pelajar melalui analisis “ Borang Senarai Semak Masalah Pelajar”

•Mengalakkan Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling mengadakan lawatan kerja dan perkongsian ilmu dengan sekolah atau Guru Kaunseling Cemerlang. Guru Kaunseling cemerlang menjadi mentor kepada guru kaunseling lain.
•JPN dan PPD memberikan penghargaan kepada Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling cemerlang peringkat JPN dan PPD
•Perlantikan Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling hendaklah secara sepenuh masa.
•Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling meningkatkan program kerjaya di sekolah ke arah pencapaian Dasar 60:40: Penyertaan pelajar dalam Jurusan Sains:Sastera
•Wang PCG Bimbingan dan Kaunseling di sekolah digunakan secara optimum dan berkesan
•Perkhidmatan GBK dengan program PPD, JPN dan agensi luar perlu diselaraskan. Adakan sistem penggiliran bagi meminimakan GBK meninggalkan sekolah

No comments:

Post a Comment