Friday 8 March 2013

KEMAHIRAN BERFIKIR


MELAYAN PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN : PENGAJARAN
KEMAHIRAN BERFIKIR SEBAGAI SATU ALTERNATIF BERKESAN

Oleh
K. Narayanasamy
Ketua Unit Pengajian Tamil,
MPSK

1.0 Pengenalan
Pembelajaran merupakan suatu usaha berterusan yang dilakukan oleh setiap
insan untuk menguasai ilmu, nilai dan kemahiran. Pembelajaran itu sendiri adalah
satu fungsi berkombinasi 'multi-faceted experience'. Pengalaman yang pelbagai
rupa dan bentuk dialami melalui rangsangan luaran dan dalaman. Rangsanganrangsangan
ini mengakibatkan pengamatan atau persepsi tertentu pada insan yang
menerimanya. Berdasarkan persepsi tersebut individu berkenaan akan memproses
segala maklumat yang diterimanya.
Ada yang berpendapat bahawa maklumat baru ini diproses dan diasimilasikan
dengan maklumat atau ilmu yang sedia ada pada insan tersebut, sebelum
menjadikannya ilmu baru yang termantap. Pada pandangan mereka, ini merupakan
sebahagian daripada pembelajaran. Lantaran itu, persepsi dan pemprosesan
rangsangan dan informasi merupakan inti pembelajaran manusia.
Cara dan gaya bagaimana seseorang membuat persepsi dan memproses
informasi merupakan salah satu isu penting kepada para pendidik. Sekiranya,
penyampaian rangsangan itu serasi dengan cara dan gaya sipelajar, maka, persepsi
dan pemprosesan rangsangan akan jadi lebih mantap dan berkesan. Implikasi ini
agak penting bagi pengagajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Jesteru itu,
kita harus memahami konsep gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan
sebelum melihat salah satu `strategi' berkesan yang memberi ruang dan melayan
pelbagai gaya pembelajaran dan kecerdasan.
2.0 Gaya Pembelajaran
Keefe (1979) mendefinisiskan gaya pembelajaran sebagai komposit ciri-ciri
beberapa faktor kognitif, efektif dan psikologi yang menjadi indikator-indikator
bagaimana seseorang membuat persepsi dan berinteraksi serta respon dengan
alam sekitarnya.
Ada juga yang mengatakan gaya pembelajaran sebagai pola-pola intrinsik
memproses informasi yang mewakili mod/cara tertentu seseorang membuat
persepsi, berfikir, mengingat kembali dan menyelesaikan masalah. Takrifan ini
lebih menonjolkan unsur kognitif gaya pemprosesan dan berfikir manusia.

Lantaran itu, istilah `Cognitive style' sering digunakan sebagai indikator untuk
gaya pembelajaran.
Walaubagaimanapun, kedua-dua takrifan ini mencitrakan gaya pembelajaran
yang saling lengkap melengkapi dan menjadikannya lebih menyeluruh. Gaya
pembelajaran bukan sahaja melibatkan cara membuat persepsi tetapi juga, mod
bagaimana respon-respon dalaman (intrisik) dan luaran (ekstrinsik) dilakukan.
Literatur mengenai gaya pembelajaran mengisahkan pelbagai saranan dan
modelnya. Curry (1987) telah meneliti model-model pelbagai gaya pembelajaran.
Beliau telah menyarankan `oninon model'. Ia melihat gaya pembelajaran terdiri
daripada empat lapisan yang terpenting.
Lapisan-lapisan tersebut adalah seperti berikut: Dimensi sahsia (Personality
dimension), Pemprosesan informasi (Information -processing), Interaksi sosial
(Social interaction) dan Kecenderungan instruksional yang bersifat multidimensi
(Multidimensional and instructional preference).
Model pelbagai gaya pembelajaran yang mengutamakan `Personality
dimension' ialah model saranan Witkin (1954). Ia menggunakan konstruk `field
dependence/ field independence'. Selain daripada Witkin, Jenis indikator Myers-
Briggs ( Myers, 1978) juga termasuk dalam dimensi sahsia. Ia mempunyai skalaskala
di antara dua ekstrim ia itu, `extroversion versus introversion, sensing versus
intuition, thinking versus feeling, dan judging versus perception'.
Interaksi sosial menangani isu-isu berkaitan denga cara bagaimana pelajar
berinteraksi semasa proses pembelajaran. Reichmann dan Grasha (1974) telah
menyarankan beberapa jenis pelajar bersaskan kepada cara mereka gemar
belajar. Antaranya adalah, pelajar yang ingin belajar secara bersendirian;
kolaboratif; penyertaan dan kompetitif.
`Information Processing Model' secara umumnya, menerangkan tentang
kecenderungan pendekatan intelek seseorang individu dalam mengasimilasikan
informasi. Model-model yang disarankan oleh Schmeck (1983) dan Kolb (1984)
menerangkan bagaimana manusia memproses dan mengasimilasikan informasi
baru yang diterimanya.
`Multidimensional and Instructional Preference Model' lebih berfokus
kepada kecenderungan alam pembelajaran yang diminati oleh individu. Model
saranan Dunn and Dunn (1978) dan Keefe (1989) berunsur multidimensi dan
mengenal pasti pelbagai alam pembelajaran yang mungkin menjadi minatan
pelajar.
Pada umumnya, gaya pembelajaran seseorang boleh dilihat dari segi lima
aspek yang penting. Ia adalah, alam sekitar (cerah -kelab; bunyi seperti muzik -
sunyi; formal - tidak formal; panas - sejuk); Emosi ( berstruktur - tidakberstruktur; bermotivasi tinggi - tidak bermotivasi); Sosiologi ( Ingin belajar
bersendirian - dalam pasangan/kumpulan); Fisikal ( auditori; visual; taktual
mobiliti tinggi - kurang bermobiliti) dan Psikologi (impulsif - reflektif; global -
analitik).
Sekiranya, ditinjau secara kritikal pelbagai gaya pembelajaran ini, kita dapat
merumuskan bahawa setiap orang manusia mungkin mempunyai lebih daripada
satu atau dua jenis gaya pembelajaran. Fungsi gaya pembelajaran ini juga
mungkin berbeza mengikut masa, alam sekitar, isu pembelajaran serta juga
beberapa ciri mental, fisikal dan psikologi orang yang berkenaan. Dan mungkin
juga, seseorang itu, lebih cenderung kepada satu atau beberapa gaya pembelajaran
tertentu sahaja. Gaya pembelajaran seseorang itu mungkin juga bersifat dinamis.
Ia boleh dikembangkan dan maka boleh berubah (Guild, 1994).
Ada yang melihat pengoperasian gaya pembelajaran dalam suatu kontinuum,
iaitu, dari satu gaya ke gaya bertentangan yang lain (McCarthy, 1987). Dan, ada
juga yang melihatnya sebagai sesuatu yang `multi-faceted' (Dunn dan Dunn,
1978). Kedua-dua pendirian dan perspektif ini mempunyai keistimewaannya
tersendiri.
3.0 Pelbagai Kecerdasan
Mungkin kita boleh hubungkaitkan gaya pembelajaran dengan pelbagai
kecerdasan yang disarankan oleh Howard Gardner (1985). Ada yang kurang
bersetuju dengan pandangan menghadkan kecerdasan manusia dalam bilanganbilangan
tertentu. Bukan sahaja David Perkins tetapi juga Gardner sendiri telah
menimbulkan keraguannya mengenai menghadkan kecerdasan manusia (
Sempsey, 1999).
Pada mulanya Gardner menetapkan kecerdasan manusia pada tujuh -
Linguistik; Logikal dan Matematikal; Kinestetik; Spasial; Muzikal; Interpersonal
dan Intrapersonal. Kini, ada juga pertambahan dalam bilangan kecerdasan.
Walaubagaimanapun, mereka tetap bersetuju dengan pandangan bahawa ujudnya
pelbagai kecerdasan manusia. Mereka juga bersetuju bahawa pendidikan harus
mengambil kira dan melayan kepelbagaian kecerdasan ini.
Konsep pelbagai kecerdasan ini menyatakan bahawa manusia rmampu untuk
menguasai pelbagai jenis ilmu sekiranya diberi rangsangan dan layanan yang
sewajarnya. Mungkin mereka mempunyai kekuatan kecerdasan tertentu kerana
didikan yang telah dilalui. Teori ini juga menunjukkan kepada kita bahawa jika
seseorang pelajar dilayan mengikut kekuatan kecerdasannya, pembelajarannya
akan jadi lebih berkesan.
Ini bermakna, teori gaya pembelajaran dan juga teori pelbagai kecerdasan
bercadang supaya mengambil kira pelbagai citarasa dan acuan mental, fisikal danpsikologi insan yang terdapat di alam pembelajaran. Dalam keadaan realiti
manusia sentiasa menghadapi rangsangan dan masalah yang lebih kompleks, rumit
yang bercorak `multi-faceted.'
4.0 Kemahiran Berfikir Sebagai Strategi Berkesan Untuk Melayan Gaya
Pembelajaran dan Pelbagai Kecerdasan
Jadi, pengajaran dan pembelajran perlulah semirip dengan keadaan realiti ini.
Ini akan membawa pembelajaran yang lebih bemakna dan berkesan. Salah satu
strategi yang mampu memberi peluang serta melayan pelbagai gaya pembelajaran
dan kecerdasan akan dicadang dan dibincang dalam artikal ini.
Pengajaran dan pembelajaran kemahian berfikir merupakan strategi yang
dapat mengisi hasrat ini. Pengajaran kemahiran berfikir menggandungi beberapa
ciri istimewa membuka ruang untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut.
Seseorang guru yang mengajar kemahiran berfikir akan memberi tumpuan
kepada beberapa elemen penting di dalamnya.. Di antara elemen-elemen tersebut
adalah, salah satu kemahiran berfikir yang spesifik; proses kemahiran berkenaan;
metakognisi; pengurusan lisan dalam bentuk soalan dan pengurusan grafik dalam
bentuk visual. Misalnya, seorang guru cuba menyebatikan kemahiran berfikir
membuat `banding-beza’ di dalam mata pelajarannya. Beliau akan memberi
penekanan terhadap proses-proses utama kemahiran berfikir berkenaan dalam
pengajaran dan pembelajarannya. Proses-proses utama kemahiaran berfikir
membuat banding dan beza yang ditekankan oleh guru tersesbut adalah seperti
berikut:
Mengenal pasti perkara/objek yang dibanding bezakan
Mencari aspek-aspek persamaan di antara perkara/objek tersebut
Mencari perbezaan
Sebelum mencari berbezaan, menentukan komponen-komponen perbezaan
Mencari perbezaan berdasarkan komponen-komponen tersebut
Memberi pendapat/membuat keputusan berdasarkan perbandingan dan
perbezaan
Penyebatian kemahiran berfikir dengan konteks atau isi kandungan
pembelajaran memberi peluang untuk pelajar memproses informasi secara aktif
adan reflektif. Teks atau bahan isi kandungan yang digunakan oleh guru
membolehkan pelajar beranjak dalam satu komtinum gaya pembelajaran. Pelajar
dapat bertolak dari pangkal kontinum aktif pembelajaran ke hujung kontinum
tersebut yang terdiri daripada reflektif pemprosesan.Aturan proses-proses kemahiran berfikir membolehkan pelajar beranjak
bukan sahaja di dalam kontinum yang sama, tetapi beranjak ke kontinum gaya
pembelajaran yang lain. Dengan adanya proses berfikir yang tersurat, ia menjadi
panduan untuk pelajar aktif berfikir dan memproses maklumat. Pelajar dapat
mengamati proses berfikir itu secara konkrit dan memprosesnya secara reflektif.
Apabila guru menggunakan pengurusan lisan (soalan-soalannya berpandukan
proses tersebut) pelajar analitik dapat terlibat secara aktif. Mereka dapat
mengamati proses berfikir secara abstrak dan memikir secara reflektif. Mereka
dapat menganalisis, menaakul dengan lebih berkesan.
Malahan, dengan menggunakan pengurusan grafik, pelajar bukan sahaja
melihat proses kemahiran berfikir tersebut secara eksplisit dan konkrit tetapi juga
berfikir dan memproses secara aktif. Secara lazimnya, pengajaran dan
pembelajaran kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan dengan menggunakan
pengurusan grafik. Pengurusan grafik adalah bentuk visual proses berfikir
berkenaan. Pengurusan grafik membolehkan pelajar melihat secara konkrit dan
visual, proses berfikir yang terbentang secara abstrak.
Lantaran itu, pengurusan grafik merangsangkan pelajar melakukan persepsi
secara konkrit dan abstrak. Malah, pelajar dapat beranjak dari kontinum konkrit ke
abstrak `perceivers' dengan menggunakan pengurusan grafik.
Kombinasi menggunakan pengurusan lisan dan penggurusan grafik dalam
jangka masa panjang akan membolehkan concrete perceivers menjadi abstract
perceivers (McCarthy, 1987). Menurut pengkaji-pengkaji bidang ini, gaya
pembelajaran seseorang itu adalah hasil kombinasi semula jadi dan juga asuhan -
nature/nuture combination (Guild, 1994).
Proses kemahiran berfikir, terutama sekali yang terdapat dalam bentuk
pengurusan grafik mempunyai urutan sekuen tertentu. Aturan proses mengikut
urutan dapat melayan pelajar yang lebih cenderung melihat dan memproses secara
sekuen. Mereka dapat melihat satu proses demi satu proses yang tercatat dan
memprosesnya.
Pengurusan grafik mempunyai ciri-ciri berstruktur. Jika, kita meneliti
pengurusan grafik, ia sebenarnya memaparkan proses demi proses di dalam petakpetak
tertentu. Maka, pelajar bergaya belajar `part by part' lebih mampu
memprosesnya. Lantaran itu, pengurusan grafik dapat melayan pelajar yang ingin
melihat, `a bit-by-bit'. Pelajar bermental modaliti yang lebih cenderung kepada
ciri-ciri berstruktur dapat turut terlibat secara aktif.
Ia juga melayan pelajar yang ingin melihat sesuatu secara meyeluruh kerana
pengurusan grafik mencitrakan segal proses berfikir kemahiran tertentu pada
kesuluruhannya dalam satu bentuk grafik tertentu. Namun ia berfungsi sebagai
pendorong untuk berfikir, membuat analisis mahupun menjana idea. Jesteru itu,pelajar yang berminat membuat analisis (the reflective thinkers) akan terlibat di
dalam pembelajaran secara aktif.
Penggunaan pengurusan lisan akan mengukuhkan lagi pembelajaran aktif ini.
Penyoalan guru secara lisan pula akan menggerakkan pelajar yang mempunyai
gaya `auditory' juga turut membuat analisis dan berfikir.
Semasa aktiviti menganalisis dan mengisi pengurusan grafik guru mungkin
juga akan menggunakan kaedah dan teknik-teknik (di dalam aktiviti) pengajaran
dan pembelajaran yang lain seperti pembelajaran individu, berpasangan/kumpulan,
perbualan, penulisan mungkin nyanyian dan sebagainya. Jika dilihat secara
holistik elemen-elemen ini memberi keluwesan untuk melayan pelbagai gaya
pembelajaran seperti modaliti sosial interaksi dan pelbagai kecerdasan (Gardner,
1985).
Pengajaran kemahiran berfikir dalam mata pelajaran, bukan sahaja boleh
melayan pelbagai gaya pembelajaran tetapi ia juga memberi peluang untuk
pengeksplotasi pelbagai kecerdasan. Pengoperasian pelbagai kecerdasan
mempunyai dua elemen yang terpenting. Yang pertamanya, ia mendesak para
pendidik supaya melayan segala jenis kecerdasan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Yang keduanya, ia mengingatkan kepada mereka supaya
mengambil kira kecenderungan kecerdasan pelajar mereka. Pengajaran kemahiran
berfikir mengambil kira kedua-dua elemen ini.
Tujuan utama proses berfikir adalah untuk mendorong pelajar berfikir secara
aktif dan mendalam. Semasa mereka berfikir , mereka terpaksa menganalisis.
Penganalisaan ini menggalakkan kecerdasan logikal dan matematikal. Analisis
tidak berlaku dalam kekosongan atau vacum. Mereka pasti akan menggunakan
teks berbentuk prosa, puisi, grafik ataupun gambar-gambar. Ini bermakna,
kecerdasan linguistik, muzikal dan visual.
Proses mengisi pengurusan grafik juga menjadi wahana kepada yang
berkecerdasan linguistik untuk menunjukkan kalibernya. Semasa mengisi
pengurusan grafik pelajar dapat memaparkan kecerdasan linguistik mereka.
Pengurusan lisan yang terdiri daripada soalan-soalan berpandukan proses
kemahiran berfikir tertentu, juga berperanan merangsangkan kecerdasan linguistik
dan logikal serta matematikal.
Proses berfikir yang didorongkan oleh pengurusan grafik membolehkan
pelajar menguji kecerdasan logikal dan matematikal. Kemampuan menganalisis
dapat dipamerkan secara eksplisit, mendalam dan terperinci semasa penggunaan
pengurusan grafik kerana proses itu, terbentang dalam bentuk visual.
Bukan sahaja pelajar kuat berkecerdasan linguistik boleh berfikir dan
memproses, tetapi juga pelajar yang kuat kecerdasannya visual dan spartial jugadapat berfikir dan memproses. Kagan (1998) berpendapat bahawa pengurusan
grafik merangsangkan kecerdasan visual pelajar secara aktif.
Sekiranya, aktiviti menganalisis dan mengisi pengurusan grafik dijalankan
secara berpasangan atau kumpulan ia akan melayan kecerdasan interpersonal dan
mungkin juga intrapersonal. Pelajar dapat berinteraksi dengan rakan-rakan mereka
untuk menjalankan tugas ini. Mereka terpaksa mempamerkan segala kemahiran
sosial mereka dalam situasi pembelajaran yang lebih `authentic'. Pada masa yang
sama, mereka juga terpaksa menggunakan kecerdasan intrapersonal mereka
dengan mengawal emosi mereka; memaparkan nilai-nilai mereka dalam situasi
kumpulan masing-masing.
Jika guru yang berkenaan menggalakkan aktiviti mengisi pengurusan grafik
secara individu, ini akan menggalakkan pengeksploitasian kecerdasan
intrapersonal. Pelajar tersebut dapat menggunakan intelek, emosi dan persepsinya
secara optimun dan seimbang. Disamping itu, pelajar berkenaan boleh melibatkan
diri dalam pembelajaran terarah kendiri.
Pelbagai rupa bentuk pengurusan grafik juga boleh merangsangkan minat dan
motivasi pelajar supaya mereka turut terlibat secara aktif dalam pembelajaran.
Penyediaan pengurusan grafik mendorong pelajar menggunakan kecerdasan
spartial mereka. Aktiviti seperti melakar atau mereka bentuk pengurusan grafik
akan mendorong pelajar menguji kecerdasan kinestetik mereka.
Sebahagian daripada perspektif gaya pembelajaran, pelbagai kecerdasan dan
pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir sahaja dibicarakan. Mungkin ini akan
menjadi panduan kepada yang berminat. Guru yang berinovatif dan kreatif boleh
memikirkan pelbagai cara dan aktiviti lain untuk mengatur aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi pelbagai gaya pembelajaran dan
kecerdasan.
5.0 Rumusan
Pengalaman pembelajaran akan dimaksimumkan sekiranya ia mirip dengan
kekuatan dan kecenderungan gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan
seseorang pelajar berkenaan. Pelajar memiliki pelbagai gaya pembelajaran dan
kecerdasan pasti akan berjaya dalam usaha pembelajarannya. Lantaran itu,
pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran adalah amat kritikal sekali. Penyebatian kemahiran
berfikir mempunyai beberapa keistimewaan kearah melayan tuntutan-tuntutan
tersebut. Proses kemahiran berfikir, penggunaan pengurusan grafik, pengurusan
lisan menawarkan pembelajaran bestari; ia juga mempunyai jalinan rapat dengan
gaya pembelajaran dan ketrampilan pelbagai kecerdasan.

No comments:

Post a Comment