Friday 8 March 2013

A. PENGURUSAN KESELAMATAN AKTIVITI MURID -ARAHAN KESELAMATAN DIRI MURID

 
1.0.          Definisi
Keselamatan terhadap murid di sekolah merupakan aspek yang harus diberi keutamaan. Ini kerana terdapat pelbagai aktiviti melibatkan mereka yang boleh mendatangkan risiko ancaman terhadap keselamatan diri. Fokus arahan keselamatan dalam elemen ini adalah tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah bagi menjamin keselamatan murid merangkumi perjalanan pergi dan balik dari sekolah, semasa pengajaran & pembelajaran, aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan, aktiviti lawatan dan perkhemahan serta di asrama.

2.0.          Matlamat
Menjamin keselamatan murid daripada segala bentuk ancaman keselamatan semasa sesi persekolahan.

3.0.          Objektif
3.1           Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa murid pergi dan balik dari sekolah.
3.2           Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa sesi pengajaran & pembelajaran dan waktu rehat.
3.3           Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
3.4           Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa aktiviti lawatan dan perkhemahan.
3.5           Mengurangkan kes-kes kemalangan murid di asrama.
3.6           Meningkatkan kefahaman tatacara keselamatan kepada semua warga sekolah.

4.0.         Arahan Keselamatan Perjalanan Pergi Dan Balik Dari Sekolah
4.1          Sekolah hendaklah memastikan murid telah diberikan pengetahuan dan pendedahan mengenai undang-undang  dan keselamatan jalan raya/keretapi/bot/feri . 
4.2          Sekolah hendaklah menasihati  murid-murid yang membawa kenderaan ke sekolah  supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
4.3          Sekolah hendaklah menasihati murid menggunakan  jaket pantul cahaya ketika menunggang basikal/motosikal dan memakai jaket keselamatan sewaktu berada di dalam bot/feri.
4.4          Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi peraturan jalan raya / keretapi/bot/feri.
4.5          Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi tatacara keselamatan sewaktu menunggu di stesen bas/keretapi dan semasa di dalam bas/keretapi.
4.6          Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi tatacara keselamatan sewaktu menunggu di jeti bot/feri dan semasa di dalam bot/feri.
4.7          Sekolah hendaklah menyediakan tempat yang selamat untuk menurun dan mengambil  murid .
4.8          Sekolah hendaklah menyimpan rekod data cara murid ke sekolah.
4.9          Sekolah hendaklah memastikan papan tanda keselamatan jalan raya ada dipamerkan.
4.10         Sekolah hendaklah melaporkan sebarang kejadian kemalangan yang melibatkan murid kepada pihak yang berkenaan dengan segera.
4.11        Sekolah hendaklah memastikan nombor talian kecemasan dipamerkan dalam kawasan sekolah.
4.12        Sekolah hendaklah menyedia dan mempamerkan tatacara keselamatan pergi dan  balik ke sekolah.
4.13        Sekolah hendaklah melakukan pemeriksaan berkala ke atas kenderaan yang digunakan oleh murid ke sekolah.
4.14        Sekolah hendaklah menetapkan laluan pejalan kaki, laluan kenderaan dan parkir kenderaan yang digunakan oleh murid.
4.15        Sekolah hendaklah melakukan kawal selia sewaktu murid datang dan balik dari sekolah.

5.0.         Arahan Keselamatan Murid Semasa Pengajaran & Pembelajaran Dan Waktu Rehat.

5.1          Sekolah hendaklah memberi arahan tentang keselamatan murid semasa di bilik darjah, makmal, bengkel dan bilik-bilik khas.
5.2          Sekolah hendaklah mengawasi murid sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti pengajaran & pembelajaran dijalankan.
                5.3          Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid semasa aktiviti pengajaran & pembelajaran.
                5.4          Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan pengajaran & pembelajaran yang berisiko dipatuhi.
                5.5          Sekolah hendaklah memastikan peraturan pakaian dipatuhi oleh murid semasa aktiviti pengajaran & pembelajaran di bengkel.
                5.6          Sekolah hendaklah menyimpan rekod keluar masuk murid dari kawasan sekolah semasa aktiviti pengajaran & pembelajaran dijalankan.
                5.7          Sekolah hendaklah memastikan murid tidak berada di kawasan larangan semasa rehat.

6.0           Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Kokurikulum, Sukan Dan Permainan.

6.1          Sekolah hendaklah menyediakan arahan berkaitan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
6.2          Sekolah hendaklah membuat pengawasan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
6.3                                   Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid.
6.4          Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan dipatuhi.
6.5          Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi peraturan  berpakaian semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
6.6          Sekolah hendaklah merekodkan pergerakan keluar murid yang menghadiri aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
                          
7.0                        Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Lawatan Dan Perkhemahan.
7.1            Sekolah hendaklah menyediakan peraturan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan dilaksanakan.
7.2            Sekolah hendaklah mengadakan pengawasan  keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan dilaksanakan.
7.3            Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran  murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan dilaksanakan.
7.4           Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan untuk aktiviti lawatan dan perkhemahan dipatuhi oleh murid.
7.5            Sekolah hendaklah memastikan prosedur dan peraturan berkaitan lawatan dan perkhemahan dipatuhi. 
7.6            Sekolah hendaklah memastikan kenderaan yang digunakan untuk  aktiviti lawatan dan perkhemahan berada dalam keadaan selamat.

8.0.                                                          Arahan Keselamatan Murid Di Asrama.

8.1.         Sekolah hendaklah mempunyai data dan rekod keluar masuk murid di asrama.
8.2.         Sekolah hendaklah menyedia dan mempamerkan tatacara keselamatan semasa pergi dan balik asrama.
8.3.         Sekolah hendaklah membuat pemeriksaan berkala dan pemeriksaan mengejut ke atas semua penghuni asrama.
8.4.         Sekolah hendaklah menetapkan kawasan-kawasan larangan di asrama.
8.5.         Sekolah hendaklah menyediakan jadual aktiviti harian dan mempamerkannya.
8.6.         Sekolah hendaklah mengawal selia semua aktiviti murid di asrama.
8.7.         Sekolah hendaklah memastikan pencahayaan mencukupi dalam kawasan  asrama.
8.8.         Sekolah hendaklah menyediakan peraturan berkaitan dengan larangan-larangan lain di asrama.

No comments:

Post a Comment