Friday 8 March 2013

E. PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENGHADAPI RISIKO -ARAHAN KESELAMATAN MURID


Definisi
Risiko didefinisikan sebagai sesuatu kemungkinan atau bahaya yang akan berlaku  dan menyebabkan kerugian  atau mendatangkan kesan yang kurang menyenangkan. Risiko dalam arahan ini bermaksud apa-apa sahaja keadaan dan situasi di luar kawasan sekolah yang boleh mendatangkan bahaya, ancaman, kecederaan dan kehilangan nyawa. Pengurusan ancaman risiko yang bersistematik dan mantap dapat membantu pihak sekolah mengambil tindakan bagi mengelakkan kerugian  atau kesan yang kurang menyenangkan. Kawasan, keadaan atau situasi berisiko dalam arahan ini termasuklah kawasan sungai, laut, air terjun, longkang besar,  lombong, tasik, paya, kolam kumbahan, kolam, jalan raya, lebuh raya, landasan keretapi, pencawang elektrik, tanah runtuh, tanah mendap, jalan denai,  belukar, semak samun, titi gantung, jambatan usang, bangunan terbiar, rumah kosong, bangunan terbengkalai dan kawasan dalam  pembinaan.

2.0.         Matlamat
Semua warga sekolah sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan semasa berada di dalam dan luar kawasan sekolah.
                          
1.0                                 Objektif
1.1                 Mendidik  murid  memahami  dan  sentiasa  bersedia  untuk   bertindak
sebelum dan semasa  menghadapi sebarang ancaman dan risiko.
1.2                Melahirkan murid berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek keselamatan.
1.3                Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat khususnya dalam lingkungan perjalanan murid ke sekolah.
1.4                Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program keselamatan sekolah.

4.0.          Arahan Keselamatan Menghadapi Risiko Kemalangan dan Ancaman Keselamatan

4.1.          Sekolah hendaklah mempunyai rekod data murid yang melalui kawasan berisiko.
4.2.          Sekolah hendaklah memastikan murid diberi maklumat tentang risiko yang bakal dihadapi semasa melalui kawasan berkenaan.
4.3.          Sekolah hendaklah memastikan semua murid dimaklumkan dengan langkah keselamatan yang perlu dipatuhi ketika melalui kawasan berkenaan.
4.4.          Sekolah hendaklah memastikan murid dibekalkan dengan nombor talian kecemasan ( 999 ) jika ada murid yang mengalami risiko berkenaan.
4.5.          Sekolah hendaklah melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini di kawasan berisiko kepada pihak berkenaan dengan segera.
4.6.          Sekolah hendaklah memastikan pelan kawasan berisiko dipamerkan di kawasan sekolah.
4.7.          Sekolah hendaklah sentiasa menasihatkan murid sentiasa berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya tiga orang.
4.8.          Sekolah hendaklah sentiasa menasihatkan murid berwaspada atau mengelakkan diri daripada orang yang tidak dikenali.
4.9.          Sekolah hendaklah sentiasa menasihatkan murid agar mengelakkan diri daripada aktiviti yang tidak sihat ( lepak, pergaduhan dan sebagainya).
4.10.       Sekolah hendaklah menyediakan panduan tindakan untuk warga sekolah dan ibu bapa ketika menghadapi ancaman/kecemasan.


PENUTUP
Sesungguhnya menjadi harapan Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua pihak  khususnya warga sekolah menyambut baik arahan serta tatacara keselamatan sekolah ini dilaksanakan di semua sekolah agar institusi pendidikan di negara ini dapat berfungsi sebagai tempat mendidik serta menimba ilmu yang selamat dan kondusif. Dengan pelaksanaan arahan dan tatacara keselamatan sekolah ini, ibu bapa serta masyarakat akan berasa lebih yakin dengan sistem persekolahan di negara ini yang boleh memacu kecemerlangan anak-anak mereka ke tahap kegemilangan.

No comments:

Post a Comment