Friday 8 March 2013

D. PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL -ARAHAN KESELAMATAN MURID


1.0.         Definisi.
Gejala sosial dalam konteks sekolah bermaksud tanda-tanda akan terjadinya sesuatu keburukan segala yang berkaitan tatakelakuan  di kalangan murid. Kementerian Pelajaran amat prihatin dengan gejala ini. Di antara isu gejala sosial dalam kalangan murid termasuklah buli dan pelacoan, keharmonian kaum, gangguan seksual dan gangguan emosi .

2.0.         Matlamat.
Sekolah dapat menangani dan mengurangkan kes-kes gejala sosial serta dapat mendidik tingkahlaku yang baik dalam kalangan warga sekolah.

3.0.         Objektif.
1.1           Memastikan sekolah membuat tindakan yang betul dan tepat dalam menangani kes gejala sosial.
1.2           Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam menangani kes gejala sosial yang berlaku dalam kalangan warga sekolah.
1.3                                   Murid dapat menyalurkan maklumat mengikut saluran yang betul.
1.4                                   Mendidik  murid  agar menghormati hak orang lain.
1.5                                   Memastikan semua tindakan mengikut prinsip keadilan.

2.0                                   Arahan Keselamatan Menangani Gejala Sosial.
2.1           Sekolah hendaklah sentiasa memberi peringatan dan maklumat berkaitan perlakuan gejala sosial dalam kalangan murid serta tindakan yang dikenakan kepada pihak terlibat.
2.2           Sekolah hendaklah sentiasa menasihatkan semua murid agar sentiasa bergerak dalam kumpulan di mana-mana lokasi di dalam dan di luar sekolah.
2.3           Sekolah hendaklah memastikan tiada unsur-unsur buli dan gengsterisme berlaku dalam kalangan murid.
2.4           Sekolah hendaklah memastikan setiap lokasi di sekolah berada dalam kawalan dan tidak menjadi tempat berpontensi berlakunya gejala sosial.
2.5           Sekolah hendaklah memastikan warganya sentiasa peka dan prihatin terhadap perlakuan gejala sosial dalam kalangan murid.
2.6           Sekolah hendaklah mengenal pasti bentuk gangguan emosi yang dihadapi murid berkenaan dan memberikan segala khidmat bantuan yang diperlukan.
2.7           Sekolah hendaklah memastikan murid yang berisiko dikenal pasti untuk diambil tindakan.
2.8           Sekolah hendaklah memastikan setiap warganya diberi ruang dan peluang untuk membuat aduan dan mendapatkan pengadilan.
2.9           Sekolah hendaklah sentiasa peka dengan sebarang maklumat gejala sosial yang melibatkan murid.
2.10                                 Sekolah hendaklah menyediakan peti  aduan  di sekolah.
2.11         Sekolah hendaklah menjalankan program pencegahan gejala sosial kepada murid.
2.12        Sekolah hendaklah menjalankan program intervensi dan pemulihan kepada murid-murid yang terlibat.
2.13        Sekolah hendaklah menjalankan pemantauan secara berkala terhadap perlakuan gejala sosial dalam kalangan murid.
2.14        Sekolah hendaklah merekodkan salahlaku murid secara sistematik menerusi Sistem Salahlaku Disiplin Murid ( SSDM  atau e-Disiplin ).

3.0                                   Arahan Keselamatan Keharmonian Kaum Di Sekolah
3.1           Sekolah hendaklah memastikan tidak wujud unsur-unsur yang boleh menimbulkan rasa salah faham antara kaum dalam kalangan murid dan warga sekolah.
3.2           Sekolah hendaklah mengadakan program kefahaman silang budaya dalam kalangan murid dan warga sekolah ( Program RIMUP).
3.3           Sekolah hendaklah sentiasa mengkaji dan menilai program-program yang berbentuk perpaduan kaum dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
3.4           Sekolah hendaklah membuat tindakan serta merta dalam menyelesaikan perselisihan antara kaum dalam kalangan murid dan warga sekolah.
3.5           Sekolah hendaklah memastikan program-program dan aktiviti yang dilaksana di sekolah mematuhi garis panduan dan prinsip-prinsip  integrasi dan perpaduan nasional.
3.6           Sebarang pertikaian atau permasalahan yang boleh mencetuskan hubungan antara kaum dalam kalangan warga sekolah perlu ditangani secara bijaksana, adil dan profesional serta boleh melibatkan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan termasuk PIBG.

No comments:

Post a Comment