Friday 8 March 2013

3 K : KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN

CONTOH:


KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN (3K)

DASAR 3K

1. Menerapkan budaya kerja berpasukan yang dapat membawa kepada amalan keceriaan,
kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMKL.
2. Mengadakan perancangan yang dapat meningkatkan kualiti keceriaan, kebersihan,
keselamatan dan kesihatan di SMKL
3. Mewujudkan mekanisme yang dapat mempertinkatkan aspek-aspek keceriaan,
kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMKL.
4. Sentiasa menilai aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan untuk
memastikan tahap peningkatannya di SMKL.
5. Memupuk kerjasama diantara warga SMKL dengan pihak luar dalam membentuk sebuah
masyarakat yang dapat mengamalkan nilai keceriaan, kebersihan, keselamatan dan
kesihatan sepanjang masa.
6. Menjaga keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan adlaah amalan warga sekolah
setiap hari.
7. Cekap, cepat menagani masalah yang berkaitan dengan keceriaan, kebersiahan,
keselamatan dan kesihatan.


MATLAMAT ASPEK KECERIAAN DI SMK LAKSAMANA


1. Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid, warga sekolah, ibu bapa melalui
publisiti yang meluas tentang pentingnya mewujudkan persekitaran yang ceria disekolah.
2. Melatih murid-murid menyayangi dan menghargai alam sekitar.
3. Melatih murid-murid menjalankan kewajiban sebagai khalifah di muka bumi selaras
dengan amalan Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.
4. Menimbulkan sifat ingin tahu dikalangan murid-murid berkaitan nama pokok dalam
panggilan biasa dan saintifik serta niali perubatan yang terkandung.
5. Melahirkan murid-murid yang cinta akan sekolah.
6. Menceriakan kawasan sekolah dengan membina tapak semaian dan menjalankan kerja-
kerja keceriaan.
7. Melahirkan rasa cinta akan sekolah disamping menerapkan bertanggungjawab.


MATLAMAT ASPEK KEBERSIHAN DI SMK LAKSAMANA


Menyemai sifat cinta akan kebersihan sekolah dengan mengadakan gotong-royong membersihan persekitaran sekolah dengan aktiviti rondaan kelas bertugas.

Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan.

Meningkatkan rasa tanggungjawab murid terdahap kebersihan berpandukan Buku Spesifikasi Tugas 3K.

Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual tugas untuk murid, guru dan pekarja swasta.

Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan pengadilan yang dibuat berpandukan Borang Penilaian Kebersihan.

Melaksanakan tindakan susulan melalui program penambahbaikan.


PROSEDUR KESELAMATAN DISMK LAKSAMANA

Bertujuan mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan warga sekolah dan komuniti setempat.

Mementingkan aspek keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah.

Semasa bergerak ke kelas. pelajar digalakkan menggunakan susur gajah @ koridor kelas ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya.

Murid-murid harus masuk ke sekolah melalui pintu masuk melalui gate B.

Murid-murid yang berbasikal @ bermotor perlu menolak basikal @ motor mereka melalui gate B dan meletakkannya di tempat meletak basikal pelajar di tempat letak kenderaan.


Ibubapa/penjaga memberi kerjasama supaya memberhentikan atau menurunkan anak @jagaan mereka di pintu masuk Gate A. Ini adalah untuk mengelakkan kemalangan dan kesesakan jalanraya.

Untuk murid-murid yang balik awal atas sebab-sebab tertentu, sokongan ibubapa/penjaga adalah penting supaya mengikut tatacara keselamatan murid semasa membawa anak mereka keluar dari sekolah.

Murid perlu mengisikan borang kebenaran keluar kawasan.

Ibubapa mendaftar nama murid di buku Pendaftaran Murid Balik Awal.

Ibubapa mendapat tandatangan puhak pentadbir.

Membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif untuk perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Kesedaran ini akan dilakukan dengan beberapa cara iaitu melalui penerangan semasa perhimpunan, ceramah keselamatan di sekolah dan melalui papantanda.


MATLAMAT ASPEK KESIHATAN DI SMK LAKSAMANA

Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul.

Menyedarkan murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan penyakit berbahaya yang lain.

Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan pameran.

Menjalankan aktiviti suntikan Anti-Tetanus kepada murid-murid Tingkatan Tiga.

Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.


3 K KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN


Tandas sentiasa dijaga bersih, kering dan dalam keadaan baik. Terdapat khidmat Sanitari di tandas perempuan dengan membuang tuala wanita yang dibungkus ke dalam bakul sampah yang bersarung.

beg plastik. Sinki dalam tandas sentiasa dijaga bersih dan tidak tersumbat.


3K-PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

Sekolah Selamat didefinasikan sebagai:

Persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah berasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar sekolah.
Keselamatan Lalulintas Murid


Wadem trafik sedang mengawal lalu lintas pada awal pagi dan waktu lepas sekolah.

Keselamatan Di Pintu Masuk Utama Sekolah
Pintu utama sentiasa ditutup dan dijaga oleh seorang pengawal.
Kawalan Pergerakan Murid ketika Berada di Dalam Sekolah


Murid-murid perlu memakai tanda nama pada setiap masa semasa berada di dalam kawasan sekolah.Manakala bagi murid-murid yang ingin keluar kelas mereka perlu memakai pas keluar dan masuk


Peralatan Kecemasan dan Alat Pemadam Api


Peralatan kecemasan sentiasa dalam keadaan yang sempurna dan diletakkan di bilik kecemasan. Alat Pemadam Api dihantar ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak untuk diperiksa/ diuji setiap tahun. Semua alat pemadam api di sekolah telah diperiksa pada 2/02/2009 dan tempoh sahlaku adalah sehingga 1/10/2009.


No comments:

Post a Comment