Friday 8 March 2013

CONTOH : PROGRAM MENTOR MENTEE


PROGRAM MENTOR MENTEE 2005

PENDAHULUAN

Untuk mencapai kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan.
Sejajar dengan misi dan visi sekolah yang menitikberatkan pencapaian cemerlang murid-murid dari segi kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Bagi mencapai tujuan ini, semua pihak perlu menggembling tenaga bagi menjayakannya.  Perubahan dan kemajuan dalam bidang pendidikan yang pesat dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntut kita warga pendidik agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan. Sehubungan dengan itu, salah satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Mentor Mentee.


MATLAMAT

1.   Membantu pihak sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berakhlak
      mulia, berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
      intelek serta memenuhi keperluan negara menjadi sebuah negara maju
      menjelang tahun 2020.

2.   Menjadikan Sekolah Kebangsaan Serkam Darat sebagai sekolah contoh di
      daerah Jasin yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah .



OBJEKTIF

1.   Membantu dan membimbing murid-murid (mentee ) mengesan potensi dan
      menanam keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
      UPSR 2005.

2.   Memantau perkembangan pelajaran Mentee dari semasa ke semasa agar  
      mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Ketua Panitia ataupun sekurang-
      kurangnya berada pada tahap lulus.

3.   Mewujudkan perhubungan mesra di antara murid-murid dan guru-guru SKSD
      dan seterusnya guru-guru boleh membantu menyelesaikan masalah  mereka
      khususnya yang berkaitan dengan pelajaran.

4.   Melahirkan murid-murid SKSD yang mempunyai sahsiah yang terpuji.

5.   Muwujudkan sikap hormat dan sayang murid-murid terhadap rakan mereka,
      guru-guru dan sekolah.  

KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun Enam seramai 53 orang.


PERSONALIA

Semua guru yang terlibat sebagai Mentor diminta dapat memberi kerjasama dan komitmen terhadap tugas mereka dalam membimbing Mentee yang telah ditetapkan terdiri daripada  dua hingga tiga orang satu kumpulan.


TARIKH  PERJUMPAAN

Bermula 21 haribulan Februari sehingga murid-murid menduduki Ujian Penilaian  Sekolah Rendah iaitu pada bulan September.



TATACARA

1.   Perjumpaan mingguan diadakan pada setiap hari Rabu iaitu dari pukul 1.10
      hingga 1.30 tengah hari.

i)    Perjumpaan pertama ( Perjumpaan suai kenal )
ii)   Perjumpaan seterusnya khusus untuk membincangkan masalah atau
      perkembangan pelajaran Mentee.

2.   Jika Mentee terlibat dengan sebarang urusan luar pada hari berkenaan, 
      bolehlah diubah ke tarikh lain pada minggu berkenaan. Mentor haruslah
      memberitahu Mentee jika ada sebarang perubahan hari perjumpaan.

3.   Tempat perjumpaan ditetapkan oleh Mentor.


PERANAN MENTOR

1.   Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan
      supaya apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.

2.   Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai
      keazaman dan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan.

3.   Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada
      Mentee.

4.   Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya
      untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina.
      Juga bertanyakan jika ada hal-hal peribadi Mentee yang mengganggu
      pelajaran.

5.   Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif
      program.

6.   Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa Mentee.


PERANAN MENTEE

Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:

1.   Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.

2.   Melaporkan keputusan ujian ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian
      percubaan untuk dibincangkan bersama bagi meningkatken prestasi mereka.

3   Membincangkan apajua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.

4.   Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan
      hati yang terbuka dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.

5.   Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama
      memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR.


PENILAIAN

1.   Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian,
      peperiksaan semester dan UPSR Mentee.

2.   Perkembangan sahsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar
      bilik darjah dan juga berdasarkan laporan guru-guru lain.

3.   Berpandukan buku log semasa perjumpaan mingguan bersama Mentee.




DISEDIAKAN OLEH:

ABDUL KADIR BIN HJ. HAMIDUN
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

JAWATANKUASA PROGRAM MENTOR MENTEE SKSD 2005


PENASIHAT                     :   ENCIK ADAM BIN MD. DALI
                                             Guru Besar SKSD

PENGERUSI                    :   PN. FADHILAH BTE. EMBI
                                             GPK Kurikulum SKSD

NAIB PENGERUSI          :   ENCIK HAMZAH BIN HUSIN
                                             GPK Kokurikulum SKSD

PENYELARAS                 :   PN. ROHAIZAN  BTE. OTHMAN
                                             GPK HEM SKSD

SETIAUSAHA                  :   ABDUL KADIR BIN HJ. HAMIDUN
                                             Guru Bimbingan Dan Kaunseling

N/ SETIAUSAHA             :   PN. NORHAYATI BTE. SULAIMAN

AHLI JAWATAN KUASA : TUAN HAJI ELIAS ZAIDY BIN MOHD YUSOF

                                            PN. NORMAH BTE JARNO

                                            UST. MOHAMMAD SANI BIN BIDIN

                                            PN. CHE MAH BTE DAUD

                                            PN. ROHANA BTE BAKAR

                                            PN. RAMLAH BTE HASHIM 

                                            PN. ROZITA BT. ABU

                                            PN. NORHASLINA BT. HJ. JUS

                                            EN. ABD. MAJID BIN ABU BAKAR
                                           

2 comments: