Friday 8 March 2013

PANDUAN PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH


PENGENALAN
               

Program Sekolah Selamat telah mula dilaksanakan bermula tahun 2002 bagi tujuan mewujudkan pesekitaran sekolah yang selamat. Program ini telah dilaksanakan dalam bentuk pertandingan dan mendapati tidak semua sekolah yang terlibat dalam pertandingan tersebut. Seperti mana yang sedia kita maklum bahawa isu keselamatan merupakan isu yang tidak boleh dikompromi kerana ia boleh mengancam nyawa serta harta benda sekolah. Oleh itu semua sekolah perlu terlibat dalam usaha ini. Pihak sekolah hendaklah memastikan semua warganya sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya sesuatu insiden ke atas diri mereka sama ada di dalam atau di luar sekolah.    Kementerian Pelajaran  berpendirian  bahawa keselamatan dan kebajikan warganya  hendaklah sentiasa diberi keutamaan dalam setiap aktiviti, konsisten dan berterusan.

Bagi memastikan keselamatan sekolah sentiasa berada pada tahap memuaskan serta terjamin, Kementerian Pelajaran telah mengubal satu mekanisme penarafan keselamatan yang standard dinamakan Piawaian Keselamatan Sekolah (PKS) untuk diguna pakai di semua sekolah. Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah  akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah semasa menjalankan pemantauan dan penyeliaan keselamatan di sekolah. Pihak sekolah juga dikehendaki menggunakan instrumen ini untuk melakukan penarafan kendiri. Instrumen PKS adalah mekanisme yang bertujuan untuk membuat penilaian dan piawaian tahap keselamatan sekolah. Instrumen ini mengandungi 70 item daripada 5 aspek keselamatan yang hendak dinilai. Setiap item perlu diberi skor yang telah ditetapkan dan skor yang dipilih hendaklah berasaskan kepada data dan maklumat yang betul dan tepat.

2.0           RASIONAL
2.1           Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu dan ancaman keselamatan dari aspek semasa pelaksanaan aktiviti murid, infrastruktur sekolah, sosialisasi warganya, ancaman semasa krisis  dan bencana serta risiko yang mungkin dihadapi. Justeru itu, arahan-arahan keselamatan perlu diwujudkan supaya amalan menjaga keselamatan dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian.

2.2           Keselamatan dan kebajikan warga sekolah perlu diberi keutamaan dalam sebarang perancangan dan pelaksanaan aktiviti serta tidak boleh dikompromi. Oleh itu, warga sekolah perlu diberi pemahaman tentang kepentingan keselamatan dan penyediaan strategi atau langkah-langkah tertentu untuk mengawasi keselamatan mereka.

2.3           Semua sekolah perlu membuat penarafan kendiri dengan menggunakan Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah  bagi mengukur dan menilai tahap keselamatan sekolah masing-masing.
3.0           MATLAMAT
Semua warga sekolah dapat membudayakan amalan keselamatan sama ada di sekolah atau semasa di luar sekolah.

4.0           OBJEKTIF
4.1           Semua warga sekolah sentiasa sedar dan peka  terhadap kemungkinan  yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini ke atas diri mereka.

4.2           Sekolah dapat mengambil langkah proaktif dalam usaha menjamin keselamatan warganya dan dapat merancang strategi untuk mengatasi sesuatu ancaman keselamatan atau bahaya.

4.3           Agar sekolah dapat merancang dan melaksanakan arahan-arahan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan seterusnya dapat membudayakan amalan keselamatan.

5.0           PELAKSANAAN
5.1          INSTRUMEN PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH
                5.1.1       Instrumen ini terdiri daripada lima aspek yang dinilai.
                                a.             Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid
                                b.             Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah
                                c.             Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial
                                d.             Penurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan
                                 Bencana
e.     Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman

5.1.2       Setiap aspek diperlihatkan melalui satu senarai item.
5.1.3       Format Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah mengandungi empat lajur bagi setiap aspek seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.
a.             Lajur pertama    :  No. Aspek
b.             Lajur kedua        :  Aspek yang dinilai
c.             Lajur ketiga                 :  Item bagi aspek yang dinilai
d.             Lajur keempat    :  Skor sekolah yang mengandungi  
                                              sub lajur ( 0, 1, 2, TB  )   
Jadual 1   


Bil

Aspek

Item

Skor

0
1
2
TB










5.1.4       Penentuan Skor Item 
a.   Penentuan skor bagi setiap item dibuat dengan menandakan            ( / )  pada lajur berkenaan.
b.        Penentuan    skor    item   dibuat    berdasarkan      pertimbangan
         profesional. Panduan penentuan skor seperti dalam Jadual 2.
Jadual 2  :  Panduan Penentuan Skor

Skor

Deskripsi ( Tahap Pelaksanaan )

0

Tiada  ( 0 % )


1

Sebahagian kecil arahan-arahan keselamatan dapat      dilaksanakan ( 1% - 50% )


2

Sebahagian besar arahan-arahan keselamatan dapat dilaksanakan   ( 51 % - 100 % )


c.     Bagi pengiraan skor aspek Pengurusan Aktiviti Murid  yang bertanda   *
i.                      Arahan Keselamatan murid Dari Aspek Pergi dan Balik Sekolah (item iii, iv, vi, viii)
ii.                     Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Lawatan Dan Perkhemahan (item vii)
iii.                    Arahan Keselamatan Murid Di Asrama (item i – viii)

Hendaklah mengambil kira perkara berikut :-
·                     Wajaran bagi aspek berkenaan ialah 50 %
·                     Penentuan skor tidak dibuat bagi item yang tidak berkenaan dan tandakan Tidak Berkenaan (TB) pada lajur terlibat.

·         Contoh Pengiraan :

Bagi Aspek 1 (Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid) untuk mendapat Jumlah Skor,  hanya item yang berkaitan sahaja dikira dan didarabkan dengan dua, manakala item yang ditanda TB tidak diambil kira.

Formula Pengiraannya:

      SKOR DIPEROLEHI       X  WAJARAN = PERATUS PENCAPAIAN
         JUMLAH SKOR
(jumlah item berkenaan x 2)

5.1.5       Rumusan Skor
Kesemua skor yang diperolehi bagi setiap item dirumuskan dalam Jadual Rumusan Skor Piawaian Sekolah Selamat seperti di Jadual 3.
Jadual 3  :  RUMUSAN SKOR PIAWAIAN SEKOLAH SELAMAT






BIL.
ASPEK
WAJARAN
SKOR PENUH
SKOR DIPEROLEHI
PERATUS PENCAPAIAN
1
Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid
50%
Jumlah item berkaitan x 2
0
0.00
2
Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah
20%
28
0
0.00
3
Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial
10%
14
0
0.00
4
Penurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana
10%
14
0
0.00
5
Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman
10%
14
0
0.00
JUMLAH
100%
140
0
0.00
CARA PENGIRAAN;





PERATUS PENCAPAIAN  = SKOR DIPEROLEHI    X   WAJARAN

                                                  JUMLAH SKOR





BIL.
ASPEK
PERATUS PENCAPAIAN

1
Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid
SKOR DIPEROLEHI  X  50  =  PERATUS PENCAPAIAN
 # JUMLAH SKOR

2
Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah
SKOR DIPEROLEHI  X  20  =  PERATUS PENCAPAIAN
             28

3
Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial
SKOR DIPEROLEHI  X  10  =  PERATUS PENCAPAIAN
             14

4
Penurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana
SKOR DIPEROLEHI  X  10  =  PERATUS PENCAPAIAN
             14

5
Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman
SKOR DIPEROLEHI  X  10  =  PERATUS PENCAPAIAN
             14

JUMLAH % PENCAPAIAN


                # Jumlah item berkenaan x 2.


5.1.6       Piawaian Sekolah
Penarafan Piawaian Keselamatan Sekolah dibuat berdasarkan Peratus Pencapaian seperti di Jadual 4.
Jadual 4  :  PENARAFAN PIAWAIAN SEKOLAH

BIL

PERATUS PENCAPAIAN

PIAWAIAN SEKOLAH

1

80 -100

SEKOLAH SELAMAT

2

50 - 79

MEMERLUKAN PENINGKATAN TAHAP KESELAMATAN SEKOLAH

3

0 - 49

PERHATIAN KHUSUS TERHADAP KESELAMATAN SEKOLAH

No comments:

Post a Comment