Friday 8 March 2013

C. PENGURUSAN KESELAMATAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH -ARAHAN KESELAMATAN MURID


Definisi
Infrastruktur sekolah boleh menjadi ancaman keselamatan sekiranya tidak diurus dengan baik. Pengurusan aspek ini memerlukan pemantauan dan pemeriksaan rapi secara berterusan agar kawasan sekolah menjadi tempat yang selamat dengan suasana persekitaran yang kondusif untuk menjamin keselamatan warganya. Aspek ini termasuklah pemantauan dan penyelenggaraan fizikal bangunan sekolah, pendawaian dan peralatan elektrik, retikulasi air, paip-paip gas, perparitan dan sistem pembentungan, lanskap sekolah, tandas, bilik darjah, bilik-bilik khas, asrama, gelanggang permainan dan persekitaran dalam kawasan sekolah. 

2.0.         Matlamat
                Memastikan semua prasarana yang terdapat di sekolah selamat digunakan oleh warganya.

3.0      Objektif
3.1    Menjadikan kawasan sekolah selamat untuk diduduki oleh semua warga sekolah.
3.2    Memastikan  semua prasarana dan peralatan di  sekolah  berada dalam keadaan selamat untuk diguna.

4.0                   Arahan Keselamatan Fizikal Dan Bangunan Sekolah
4.1          Sekolah hendaklah membuat pemantauan secara berkala fizikal sekolah termasuklah pendawaian/peralatan elektrik  dan struktur bangunan mengikut piawaian JKR.
4.2          Sekolah hendaklah merekod segala tindakan pemantauan, penyelenggaraan dan laporan termasuklah berkaitan struktur fizikal bangunan sekolah, pendawaian dan peralatan elektrik, retikulasi air, paip-paip gas, sistem pembentungan dan sistem perparitan.
4.3          Sekolah hendaklah mengenalpasti dan membuat laporan tentang sebarang kerosakan termasuklah pada struktur fizikal bangunan sekolah, pendawaian dan peralatan elektrik, retikulasi air, paip-paip gas, sistem pembentungan dan sistem perparitan yang berlaku kepada PPD/JPN.
4.4          Sekolah hendaklah meletakkan tanda larangan di tempat-tempat merbahaya dan tidak selamat.
4.5          Sekolah hendaklah memastikan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
4.6          Sekolah hendaklah memastikan arahan-arahan penggunaan prasarana di sekolah dipatuhi oleh warga sekolah.
4.7          Sekolah hendaklah memastikan Pelan Laluan Kecemasan dipamerkan di semua bilik dan tempat yang mudah dilihat.
4.8          Sekolah hendaklah memastikan sistem pencahayaan mencukupi dalam kawasan sekolah.
 5.0     Arahan Keselamatan Berkaitan Penggunaan Tandas

5.1.         Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan yang dipamerkan menerusi papan tanda yang ada di tandas.
5.2.   Sekolah hendaklah memastikan murid tidak memasuki  tandas jika terdapat orang luar yang mencurigakan/ tidak  dikenali  di dalam atau di luar tandas.
5.3.    Sekolah hendaklah memastikan murid perempuan berteman, manakala murid lelaki berteman jika situasi memerlukan ketika hendak ke tandas.
5.4     Semua murid hendaklah diperingatkan dari semasa ke semasa tentang sebarang peraturan dan kebersihan penggunaan tandas di sekolah.

6.0.         Arahan Keselamatan Penggunaan Kantin

6.1.         Sekolah hendaklah memastikan murid tidak berada di kantin semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
6.2           Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan yang telah  ditetapkan oleh pihak sekolah semasa berada di kantin.
6.3           Sekolah hendaklah menjadualkan guru dan pengawas bertugas ketika waktu rehat di kantin.

7.0.         Arahan Keselamatan Penggunaan Makmal, Bengkel, Padang, Setor Sukan Dan Gelanggang

7.1      Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan keluar masuk  serta  penggunaan  makmal, bengkel, padang, setor sukan dan
           gelanggang sebagaimana yang telah ditetapkan.
7.2.         Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan cara menggunakan perkakasan/peralatan/bahan kimia di makmal dan bengkel.
7.3.         Sekolah hendaklah memastikan guru sentiasa berada bersama murid semasa mereka berada di makmal/bengkel/padang/setor sukan  serta gelanggang permainan.
7.4.         Sekolah hendaklah memastikan murid menggunakan pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti di makmal / bengkel/ padang serta  gelanggang.
7.5.         Sekolah hendaklah memastikan sekiranya berlaku kecemasan / kecederaan – perlu memaklumkan segera kepada PPD/JPN.

8.0.         Arahan Keselamatan Penggunaan Gymnisium/Kolam Renang
8.1.         Sekolah hendaklah  memastikan murid  mematuhi arahan-arahan keluar masuk serta penggunaan gymnisium dan kolam renang sebagaimana yang telah ditetapkan.
8.2.         Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan cara menggunakan perkakasan/peralatan di gymnisium dan kolam renang.
8.3.         Sekolah hendaklah memastikan guru sentiasa berada bersama murid semasa mereka menjalani latihan di gymnisium dan kolam renang.
8.4.         Sekolah hendaklah memastikan murid menggunakan pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti di gymnisium dan kolam renang.
8.5.         Sekolah hendaklah mengambil tindakan segera sekiranya berlaku kecemasan dan kecederaan.
8.6.         Sekolah hendaklah menyediakan laporan lengkap sebarang kes kecederaan kepada pihak PPD/JPN.
8.7.         Sekolah hendaklah meletakkan notis arahan bahawa kawasan gymnisium dan kolam renang sebagai kawasan larangan  jika aktiviti yang dijalankan  tanpa guru atau jurulatih bertauliah khususnya aktiviti di luar jadual yang ditetapkan. 

No comments:

Post a Comment