Friday 8 March 2013

BUKU PANDUAN PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH


1.0          PENDAHULUAN

Perubahan dalam era pendidikan kini telah mewujudkan keperluan untuk mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang dapat mempertingkatkan kesedaran terhadap keselamatan  murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan modul dan manual konsep ‘Sekolah Selamat’ pada tahun 2002 sebagai panduan pelaksanaan pengurusan menjadikan sekolah selamat. Berdasarkan panduan ini, semua pihak telah disedarkan tentang peranan masing-masing dalam menentukan aspek keselamatan.

Selaras dengan perkembangan isu-isu keselamatan yang  melibatkan murid, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyemak semula konsep dan Manual Sekolah Selamat bagi memenuhi keperluan keselamatan. Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan  murid-murid serta warga sekolah akan sentiasa berasa  selamat seterusnya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti di sekolah. Iklim persekolahan yang selamat dan kondusif akan meningkatkan keyakinan kendiri murid bagi membantu pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah seterusnya dapat memberi sumbangan secara positif kepada sekolah, masyarakat dan negara.

Bagi merealisasikan pelaksanaan operasi keselamatan di sekolah, segala usaha ke arahnya harus dipikul bersama oleh semua pihak secara holistik.

2.0           RASIONAL
2.1           Keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama dalam membuat pertimbangan pelaksanaan sesuatu aktiviti di  dalam dan di luar sekolah.
2.2           Dewasa kini warga sekolah sering terdedah dengan risiko keselamatan dari aspek fizikal, sosial dan emosi. Justeru itu, polisi dan panduan keselamatan yang berterusan perlu diwujudkan di sekolah.
2.3           Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, dan memerlukan sokongan serta bantuan semua pihak termasuk keluarga, agensi-agensi kerajaan berkaitan,  badan-badan bukan kerajaan dan komuniti.

3.0          MATLAMAT
Merealisasikan Sekolah Selamat berteraskan kepada amalan budaya selamat.

4.0           OBJEKTIF
Meningkatkan kefahaman, penghayatan dan amalan bahawa keselamatan hendaklah  dijadikan  keutamaan  dalam  semua aktiviti pendidikan di sekolah
di mana;

4.1          Pengetua/Guru Besar memahami dan menghayati operasi keselamatan dalam merangka serta melaksanakan tindakan untuk mewujudkan budaya sekolah selamat.
4.2          Guru memahami, menghayati serta membantu merancang, melaksana    dan memantau semua tindakan mewujudkan budaya selamat di sekolah, di samping membimbing dan menasihat murid akan amalan selamat semasa di dalam dan di luar kawasan sekolah.
4.3           Murid memahami, menghayati dan mengamalkan tatacara    keselamatan di sekolah di samping mengamalkan cara hidup selamat semasa di dalam dan di luar kawasan sekolah secara berterusan.

5.0          KONSEP
Oleh kerana aspek keselamatan adalah merupakan aspek yang tidak boleh dikompromi, maka buku ini selain daripada panduan kepada pihak sekolah,  juga adalah merupakan arahan yang perlu dilaksanakan. Sekolah Selamat hanya akan wujud setelah setiap warganya mempunyai kesedaran, penghayatan seterusnya dapat membudayakan  amalan keselamatan di mana dapat melaksanakan setiap aktiviti dalam keadaan selesa, tanpa gangguan, keraguan dan curiga, perasaan ketakutan,  perasaan terancam serta mempunyai kepercayaan sepenuhnya terhadap pihak pengurusan sekolah.  Sekolah yang selamat akan meningkatkan keyakinan, kepercayaan dan jati diri murid seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri mereka.

Kementerian Pelajaran telah menyediakan polisi keselamatan yang berupa Arahan Keselamatan dari aspek Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid, Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana, Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah, Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial dan Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko untuk dilaksanakan di semua sekolah.  

6.0          TAFSIRAN
“Sekolah” dalam arahan ini bermaksud bangunan sekolah dan infrastruktur lain yang termasuklah padang, gelanggang permainan serta kantin yang berada dalam lingkungan kawasan sekolah.

“Warga Sekolah” dalam arahan ini bermaksud pihak berkepentingan di sekolah yang termasuklah pengetua, guru besar, murid, staf sekolah dan ibu bapa.

“Arahan Keselamatan” dalam buku ini bermaksud peraturan dan prosedur yang hendaklah dipatuhi bagi memastikan aspek keselamatan di sekolah dilaksanakan dengan berkesan.
“Sekolah Selamat” bermaksud warga sekolah berada dalam keadaan selamat, terjamin keselamatan dan tanpa gangguan daripada sebarang  elemen pengaruh dan ancaman.

7.0          ELEMEN PERANCANGAN SEKOLAH SELAMAT
Elemen-elemen  bagi menjamin pelaksanaan Sekolah Selamat adalah seperti berikut;

7.1           Perundangan dan peraturan.
7.2           Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
7.3           Penglibatan warga sekolah.
7.4           Perancangan aktiviti.
7.5           Latar belakang warga sekolah.
7.6           Pembangunan staf.
7.7           Kawalan keselamatan sekolah.
7.8           Kepimpinan murid.
7.9          Perkhidmatan kesihatan sekolah.
7.10       Penilaian dan pemantauan.
7.11       Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni.
7.12       Perkongsian bijak dengan agensi luar.
7.13       Kesedaran komuniti.
7.14       Khidmat masyarakat.
7.15       Kesedaran sosial dan budaya.

8.0          PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan dapat dijayakan dengan teratur dan rapi serta mencapai objektifnya, maka tindakan secara holistik di peringkat sekolah perlu diambil dengan mewujudkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Keselamatan Sekolah
  
  

No comments:

Post a Comment