1. Pendahuluan
Mutakhir ini media massa kita sering membuat liputan
tentang keselamatan sekolah yang agak longgar. Aspek
fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolah-olah kurang selamat dan
kurang menyakinkan orang ramai. Namun
realitinya bukanlah semua sekolah berkeadaan begitu kerana masih banyak lagi
sekolah di negara ini berkeadaan selamat dan berfungsi secara efektif.
Walau bagaimanapun kita
memangnya sedar tentang wujudnya sebilangan murid sekolah yang
berlatarbelakangkan daripada keluarga bermasalah. Kita juga menyedari faktor-faktor yang
negatif yang terdapat di luar persekitaran sekolah yang mampu mempengaruhi
watak dan perilaku yang kurang sihat seseorang murid sehingga mencorakkan
suasana sekolah yang tidak selamat.
Perubahan
dalam iklim pendidikan dewasa ini telah
mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang
mampu mempertingkatkan keselamatan dan kejayaan murid serta guru. Pihak keluarga, sekolah dan
komuniti harus bertanggungjawab untuk mewujudkan Polisi Sekolah Selamat.
Bagi merealisasikan polisi sekolah selamat
berjalan dengan baik dan terancang, maka segala usaha ke arah meningkatkan
keselamatan sekolah dan penghuninya harus dipikul bersama oleh semua pihak.
Mengawal keselamatan di sekolah adalah terletak kepada pihak pengurusan sekolah
yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan-peraturan, latihan-latihan yang
berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan
berlakunya insiden-insiden negatif di kalangan murid. Manakala di rumah, amalan keselamatan adalah
merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran,
asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamatan
adalah merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab,
berpengetahuan dan memiliki jati diri yang cemerlang.
2. Matlamat
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan
persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.
3. Objektif
i. Meningkatkan
kefahaman mengenai tatacara dalam
menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.
ii. Meningkatkan
kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
iii. Mewujudkan
persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan
menyeronokkan.
iv. Memastikan
hak setiap individu warga sekolah dipertahan
dan dijaga.
v. Meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran.
vi. Menyediakan
panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
vii. Mewujudkan
persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
viii. Meningkatkan
tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja
di kalangan warga sekolah.
ix. Menimbulkan
rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.
4. Rasional
i. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan
dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan.
ii. Warga sekolah dewasa ini terdedah
dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi dan teknikal. Justeru, polisi
yang berterusan perlu diwujudkan.
iii. Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan
masyarakat dengan institusi pendidikan
dari segi keselamatan.
iv. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu
keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.
5. Definisi
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah
yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada
mana-mana pihak sama
ada dari dalam mahupun dari luar.
6. ElemenPerancangan Sekolah
Selamat
Apabila sesuatu perancangan hendak dibuat
mengenai pelaksanaan Sekolah Selamat elemen-elemen seperti di bawah harus
diambil kira dan diteliti terlebih dahulu.
Pengubahsuaian elemen-elemen yang dicadangkan mengikut keadaan setempat akan
menjamin pelaksanaan konsep Sekolah Selamat ini dengan lebih berkesan.
i. Kesedaran
awam atau komuniti.
ii. Penekanan
kepada penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan kokurikulum.
iii. Peraturan
sekolah.
iv. Pengurusan
bencana alam dan kecemasan.
v. Kehadiran
warga sekolah.
vi. Membasmi
ponteng.
vii. Pencegahan
dadah, rokok dan arak.
viii. Perkongsian
bijak dengan agensi luar.
ix. Kesedaran
sosial dan budaya.
x. Kepimpinan
murid.
xi. Penglibatan
keluarga dan komuniti.
xii. Program
khas bersama komuniti.
xiii. Pencegahan jenayah
melalui pelan reka bentuk bangunan sekolah yang selamat.
xiv. Aktiviti
kokurikulum dan rekreasi.
xv. Perkongsian
bijak dengan pihak berkuasa tempatan.
xvi. Mengenal
pasti latar belakang warga sekolah.
xvii. Pembangunan
staf.
xviii. Kawalan
keselamatan sekolah.
xix. Khidmat
kemasyarakatan.
xx. Perkongsian
bijak bersama korporat.
xxi. Perkongsian
bijak dengan media.
xxii. Perkhidmatan
kesihatan sekolah.
xxiii.
Pengangkutan.
xxiv. Perundangan.
xxv. Penilaian
dan pemantauan.
7. Perancangan
Perancangan
bagi mewujudkan Sekolah Selamat akan memberi peluang dan ruang kepada sekolah
dan masyarakat sekitar membentuk dan membaca strategi untuk mengatasi isu
keselamatan setempat. Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah
hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya
terdiri daripada wakil sekolah, ibu
bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
7.1 Cadangan Keahlian
Jawatankuasa
Pengerusi : Pengetua/Guru Besar
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
Setiausaha : KaunselorSekolah/Guru
Bimbingan
Ahli-ahli
: Wakil
ibu bapa
Wakil guru
Wakil murid
Polis
JKKK/Rukun Tetangga
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Majlis Juvana
Wakil Persatuan Belia
Wakil Pejabat Kesihatan Daerah/ Klinik Kesihatan
Bomba
Penghulu/Ketua Kampung
Majlis Perbandaran/Daerah
NGO yang releven
Individu yang boleh menyumbang
Wakil guru
Wakil murid
Polis
JKKK/Rukun Tetangga
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Majlis Juvana
Wakil Persatuan Belia
Wakil Pejabat Kesihatan Daerah/ Klinik Kesihatan
Bomba
Penghulu/Ketua Kampung
Majlis Perbandaran/Daerah
NGO yang releven
Individu yang boleh menyumbang
7.2 Fungsi Jawatankuasa Sekolah
Selamat
· Menyediakan kod etika
dan tanggungjawab semua warga sekolah · Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak lain (Komuniti, Keluarga)
· Mempromosi secara aktif kod dan etika kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat
· Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan prosedur keselamatan yang ada
· Memastikan wujud kesedaran di kalangan semua pihak akan isu Sekolah Selamat
· Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur Sekolah Selamat dari semasa ke semasa
7.3 Peranan
Warga sekolah, keluarga dan komuniti perlu
memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan Polisi Sekolah Selamat.
Contoh peranan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut :-
7.3.1 Peranan
Sekolah:
i. Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat.
ii. Menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat
untuk diedarkan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa/penjaga.
iii. Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan
bersungguh-sungguh dan tegas.
iv. Memberi penerangan dan salinan peraturan sekolah
kepada semua pihak yang memerlukan.
v. Membantu mewujudkan jawatankuasa disiplin di
kawasan setempat.
vi. Membantu menyediakan pelan tindakan bagi
mengatasi masalah keselamatan.
vii. Mewujudkan pelan pengurusan krisis.
viii. Mengenal amaran awal kes-kes keselamatan dan
bagaimana menanganinya.
ix. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk
pengajaran dan pembelajaran.
x. Memasukkan unsur-unsur keselamatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
xi.
Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang
berkaitan dengan keselamatan.
xii. Merekodkan semua peristiwa mengenai keselamatan.
7.3.2
Peranan Komuniti :
i. Melibatkan
semua ketua masyarakat dalam proses menjadikan sekolah tempat yang selamat
selamat.
ii. Menyokong
semua polisi dan peraturan sekolah.
iii. Memberi
sumbangan material, idea dan kepakaran dalam perkhidmatan mengawal keselamatan
sekolah.
iv. Menerapkan
nilai-nilai kerohanian oleh pemimpin agama.
v. Menyokong
dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu meningkatkan keselamatan.
vi. Membantu
bagaimana mengenal dan menyelesaikan masalah.
vii. Melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti sekolah.
viii. Menyatakan
had-had tingkah laku yang dikehendaki oleh komuniti.
ix. Mewujudkan
sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi mencegah jenayah.
x. Merapatkan
jurang golongan muda dengan warga tua.
7.3.3 Peranan Keluarga
i. Menyokong
semua polisi dan peraturan sekolah.
ii. Melibatkan
diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah dan komuniti.
iii. Memperkukuh
nilai-nilai agama/moral kepada anak-anak.
iv. Kerap
berkomunikasi dengan anak-anak.
v. Mengenali
rakan anak -anak.
vi. Bekerjasama
dengan ibu bapa lain.
vii. Menjadi
ahli dalam pertubuhan yang boleh membantu membanteras isu-isu keselamatan.
viii. Mendidik
anak-anak bagaimana menjaga keselamatan diri.
8. Harapan
dan Tanggungjawab Sekolah Selamat
8.1 Harapan
i. Bebas
daripada sebarang gangguan sama ada dalam bentuk tutur kata atau fizikal.
ii. Keselamatan
harta benda terjamin.
iii. Orang
lain bersikap positif terhadap kebolehannya.
iv. Mendapat
kerjasama orang lain dalam menjalankan tugas.
v. Tidak
dipandang rendah disebabkan oleh keturunan, agama, latar belakang sosioekonomi
dan jantina.
vi. Dilayan
secara adil dan saksama.
vii. Dihormati
dan dihargai.
viii. Bebas
daripada sebarang kemalangan, kecederaan dan penyakit.
8.2 Tanggungjawab
Di Sekolah
Selamat seseorang itu seharusnya
i. Bebas daripada sentimen perkauman dan diskriminasi
jantina.
ii. Bersikap positif terhadap orang lain.
iii. Menghargai perbezaan yang wujud.
iv. Bersikap dan bertindak adil.
v. Memberi kerjasama dan bantu membantu.
vi. Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.
vii. Elakkan sebarang kejadian kekerasan, sentimen
perkauman dan perbuatan sumbang tanpa dihalang.
viii. Datang ke sekolah dengan niat yang betul dan
ikhlas.
ix. Jangan mendera fizikal, mental dan emosi.
x. Melaporkan setiap kes.
9. Tatacara Pengurusan Polisi
Sekolah Selamat
Berikut
adalah prinsip-prinsip dan tatacara untuk menangani sebarang isu keselamatan
9.1. Prinsip
i. Setiap
aduan hendaklah diambil perhatian serius.
ii. Setiap
aduan hendaklah diambil tindakan serta merta.
iii. Perasaan
setiap orang yang terlibat harus diambil kira.
iv. Semua
pihak yang terlibat dengan aduan hendaklah dilayan secara adil/saksama dan
tidak ada pihak yang teraniaya.
v. Sesuatu
kes tidak dianggap selesai selagi kedua-dua pihak belum berdamai dan diterima
semula oleh warga sekolah.
vi.
Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk.
vii. Tatacara
seharusnya boleh difahami oleh semua pihak yang terlibat.
9.2 Tatacara Membuat Aduan
Sesiapa
yang ingin membuat aduan, dia atau ibu bapa/penjaga atau wakil boleh memilih
satu atau beberapa tatacara berikut :-
i.
Berbincang terus dengan pihak yang terlibat.
ii.
Dapatkan khidmat orang tengah yang sesuai contohnya kaunselor.
iii. Berjumpa
dengan Pengetua/Guru Besar atau wakilnya untuk memastikan aduan itu
disiasat. Jika aduan itu terbukti,
hukuman yang setimpal dikenakan dan dimaklumkan kepada pengadu.
10. Penutup
Apabila jenayah, dadah dan keganasan di luar
sekolah mula menular ke dalam sekolah maka tugas menyediakan persekitaran yang
selamat untuk pembelajaran menjadi bertambah sukar. Sesungguhnya menjadi harapan Kementerian
Pendidikan Malaysia agar semua pihak menyambut baik konsep
Sekolah Selamat untuk dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara agar
institusi pendidikan di Malaysia dapat berfungsi sebagai tempat mendidik serta
menimba ilmu tanpa gangguan fizikal, mental dan emosi.
Seterusnya
masalah-masalah seperti merasa tidak selamat, takut, bimbang, risau, takut
membuat aduan, terancam, dibuli, tertekan, tidak menyeronokkan, tidak selesa,
benci, melarikan diri dari alam
persekolahan dan sebagainya yang selama ini menghantui perasaan dan
pemikiran sebilangan warga sekolah, ibu bapa serta penjaga dan masyarakat
seharusnya dapat dicegah dan ditangani. Sekiranya kita tidak merancang dan
berusaha untuk membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan, bermakna kita
telah mengabaikan tanggungjawab untuk melahirkan iklim sekolah yang tidak kondusif.
|
No comments:
Post a Comment