1.Kemahiran belajar yang harus dikembangkan di kalangan
pelajar untuk
pembelajaran masteri.
2. Rasional Kemahiran Belajar
Perlu
Diperkembangkan
2.1 Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumr hidup yang
perlu dikuasai
oleh pelajar.
2.2 Pada akhirnya pelajar perlu belajar atau mengulangkaji
dengan sendiri untuk
menguasai apa
yang telah diajar
2.3 Oleh yang demikian, pelajar harus belajar dan menguasai
kemahiran
belajar berikut :
i. Kemahiran dalam proses belajar
ii. Kemahiran menguruskan masa
iii. Kemahiran perpustakaan
iv. Kemahiran memperoleh maklumat
v. Kemahiran membaca
vi. Kemahiran membuat nota
vii. Kemahiran memotivasi
viii. Kemahiran berfikir
ix. Kemahiran mengingat
x. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan
3. Kemahiran-kemahiran
Dalam Proses Belajar Yang Perlu Dikembangkan?
3.1 Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar
berikut semasa belajar:
i. Menerima dan mendaftar data atau maklumat:
a. Pelajar anda boleh menerima dan 'mendaftar' data atau
meklumat di mindanya
dengan membaca,
mendengar atau membuat sesuatu.
b. Pembelajaran lebih berkesan sekiranya pelajar menggunakan
ketiga-tiga
cara itu.
ii. Memahami apa yang diterima:
a. Pelajar harus memahami data atau maklumat yang diterima
kerana
pemahamannya akan membantu proses meningkat dan proses
mengaplikasi
b. Pemahaman bermakna pelajar anda boleh menerangkan semula
data atau
maklumat dan boleh juga berfikir secara kritis dan kreatif
tentang maklumat itu.
iii. Mengingat apa yang telah dipelajari:
a. Pelajar harus mengingat apa yang telah dipelajari
b. Kemahiran mengingat akan dihuraikan di bawah dan pada
asasnya prinsip
dalam proses mengingat ialah ulangan.
iv. Mengaplikasi apa yang telah diperljari
a. Pelajar anda harus boleh mengaplikasikan apa yang telah
dipelajari ke
dalam situasi yang baru.
b. Proses mengaplikasi melibatkan kemahiran berfikir secara
kritis dan
kreatif, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan
merancang
3.2 Dalam setiap langkah belajar tersebut di atas, pelajar
harus
i. memberi penuh tumpuan, tekun dan tabah
ii. memotivasi diri
iii. mempunyai kemahiran berkomunikasi
iv. berfikir secara kritis dan kreatif
v. menggunakan kemahiran belajar lain yang akan dihuraikan
di bawah.
3.3 Dalam pembelajaran masteri, pelajar harus boleh mengenal
pasti kekuatan dan
kelemahan dalam proses belajar tersebut di atas dan
mengambil
langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi
kelemahannya.
4. Kemahiran Mengurus Masa Yang Perlu Dikembangkan.
4.1 Pembelajaran masteri bergantung kepada masa yang diperlukan
untuk
belajar dan menguasai sesuatu.
4.2 Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk
menguasai sesuatu
berbanding
dengan pelajar cerdas.
4.3 Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di
rumah.
4.4 Jadual waktu belajar bolehlah mengandungi waktu untuk
belajar setiap mata
pelajaran,
rehat, makan, bermain dan menonton TV.
4.5 Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus
memberi lebih masa
belajar untuk mata pelajaran itu.
4.6 Kemahiran Perpustakaan Yang Perlu Dikembangkan
5.1 Pelajar di Tahap Dua sekolah rendah dan ke atas harus
diajar kemahiran
perpustakaan.
5.2 Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari
maklumat yang
dikehendaki di perpustakaan sekolah atau perpustakaan
negeri.
5.3 Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem
klasifikasi bahan
rujukan dan peraturan perpustakaan, kemahiran dalam merujuk
melalui kad
katelog atau komputer, dan mendapat bahan rujukan daripada
rak-rak.
5.4 Guru boleh mendapatkan bantuan guru perpustakaan untuk
melatih pelajar anda.
6. Kemahiran Memperoleh Maklumat Yang Perlu Dikembangkan?
6.1 Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, anda harus
melatih pelajar menjadi
pelajar berdikari supaya mereka mahir memperoleh maklumat
atau menyelesaikan
sesuatu masalah dengan sendiri.
6.2 Dalam kemahiran memperoleh maklumat, pelajar harus
boleh:
i. menentu atau mempastikan maklumat yang dikehendaki:
Ini dapat dilakukan dengan berfikir sendiri, pembelajaran
koperatif, sumbang
saran atau bertanya.
ii. mengumpulkan maklumat itu:
Ini dapat dilakukan melalui kemahiran membaca, bertanya atau
menggunakan
multimedia atau internet.
iii. menganalisa, menilai dan menyusun maklumat iut:
Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau
berkumpulan.
iv. menyampaikan maklumat itu secara lisan atau bertulis:
Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau
berkumpulan.
7. Kemahiran Membaca Yang Perlu Dikembangkan
7.1 Pelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran membaca
kerana kemahiran
itu merupakan kemahiran sseumur hidup.
7.2 Kemahiran membaca akan membantu pelajar memilih maklumat
yang
dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang
penting.
7.3 Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima lankah
berikut (SQ3R):
i. Skim: Baca sepintas lalu. Pembacaan secara cepat semua
tajuk atau topik
untuk mengetahui tajuk atau topik yang mungkin mengandungi
maklumat yang
dikehendaki.
ii. Question: Menyoal
Untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki.
iii. Read: Membaca
Untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau
topik yang telah
dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama.
iv. Recite: Menyebut kembali
Kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang
telah dicatatkan
v. Review: Menyemak
Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat
memahaminya.
8. Kemahiran Membuat Nota Yang Perlu Dikembangkan
8.1 Selalunya pelajar diminta menyalin nota yang diberi oleh
guru tetapi
mereka tidak diajar bagaimana membuat nota.
8.2 Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran membuat nota
kerana kemahiran
ini merupakan kemahiran seumur hidup dan penting untuk
menguasai sesuatu
maklumat.
8.3 Kemahiran membuat nota mempastikan pelajar betul-betul
memahami sesuatu
maklumat dan ini dapat membantu mereka membuat ulang kaji
dengan cepat serta
mengingat maklumat itu.
8.4 Kemahiran membuat nota haruslah dibezakan daripada
menyalinatau mencatat
nota.
8.5 Menyalin nota bermakna pelajar menyalin semula nota yang
diberi oleh
guru, atau yang dibuat oleh pelajar lain, atau yang terdapat
dalam buku,
majalah dan sebagainya.
8.6 Mencatat nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas
dan penting
yang terdapat dalam ceramah, syarahan, buku, atau sumber
lain.
8.7 Membuat nota bermakna pelajar membuat nota ringkas
sendiri dalam
pelbagai bentuk yang dihuraikan di bawah.
8.8 Langkah-langkah dalam kemahiran membuat nota ialah:
i. Memahami maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber.
ii. Memilih idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya.
iii. Menulis atau merekod dalam komputer idea atau maklumat
penting secara
ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki dan
menggunakan pelbagai
warna jika perlu.
8.9 Semasa menulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:
i. Perkataan atau frasa yang penting
ii. Singkatan: Misalnya: dgn = dengan, spt = seperti,
U.K.=United Kingdom
iii. Simbol: Misalnya: * = penting, ù = jadi
iv. Nemoniks atau akronim: Misalnya: BaFIA = Baca, Faham,
Ingat, Aplikasi
v. Lukisan atau lakaran
8.10 Pelajar boleh menggunakan mana-mana bentuk berikut
untuk membuat nota:
i. Nota objektif: seperti yang ditulis dalam panduan ini
tetapi lebih ringkas
ii. Jadual
iii. Carta aliran
iv. Gambar rajah Venn
v. Peta konsep dalam pelbagai bentuk seperti kelompok, awan
dan kaitan,
pokok dan ranting, tulang ikan, kipas, dan sotong.
9. Kemahiran Mengingat Yang Perlu Dikembangkan
9.1 Walaupun pelajar sudah memahami apa yang telah diajar,
ini tidak
bermakna mereka boleh ingat untuk jangka masa panjang.
9.2 Jadi, guru harus menentukan pelajar mempelajari
kemahiran mengingat.
9.3 Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulang kaji:
kerap kita
ulangkaji lebih lama ingatan
9.4 Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan
bilangan ulang kaji
yang berbeza.
9.5 Teknik mengingat yang boleh digunakan oleh pelajar
termasuk:
i. Menyedia dan mengulang kaji peta konsep atau peta minda:
Berbagai-bagai peta konsep atau minda telah diterangkan.
ii. Menyedia dan mengulang kaji carta aliran dan gambar
rajah Venn.
iii. Menyedia dan mengulang kaji singkatan, simbol,
nemoniks, lukisan atau
lakaran.
iv. Membuat bayangan atau visual:
a. Membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar,
gambar rajah,
peta konsep, carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau
pergerakan.
b. Mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual itu
dengan lebih kerap.
v. Menyebut berulang kali:
a. Menyebut berulang kali perkataan, data, fakta atau
maklumat akan membantu
ingatan.
b. Mengingat perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai
sekiranya bilangan
perkataan dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja
dan juga
digunakandgn teknik lain seperti peta konsep, bayangan, carta
aliran dan
sebagainya.
vi. Menulis atau melakar semula:
a. Menulis atau melakar semula berulang kali perkataan,
data, fakta, peta
konsep, carta aliran dan sebagainya akan membantu daya
mengingat.
b. Pelajar anda perlu dilatih menulis atau melakar tanpa
melihat nota yang
telah disediakan.
vii. melakukan gerakan, kerja amali, eksperimen:
a. sekiranya pelajar melakukan sesuatu gerakan, kerja amali
atau eksperimen,
ingatan mereka lebih lama.
b. Misalnya, pelajar yang melakukankerja amali atau
eksperimen berkaitan dengan
fotosintesis,
ingatan mereka lebih lama
viii. membuat kaitan:
a. membuatan kaitan dengan cepat dan meluas akan membantu
daya mengingat
b. nombor, perkataan, data, fakta atau meklumat boleh
dikaitkan dengan
akronim, nemoniks atau perkataan berirama, dengan bayangan
atau visual
seperti gambar, peta konsep, atau carta.
c. misalnya, untuk mengingat kembali proses belajar kita
boleh mengaitkannya
dengan akronim 'BaFIA' iaitu baca, faham, ingat, dan
aplikasi.
9.6 Pelajar harus menggunakan mana-mana teknik mengingat
yang tersebut di
atas secara
berasingan atau
kombinasi.
9.7 Yang penting ialah pelajar harus mengulang kaji
berkali-kali.
10. Kemahiran Menjawab Soalan Pepeperiksaan Yang Perlu
Dikembangkan
10.1 Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah penting
untuk pelajar anda
mendapat markah yang lebih tinggi.
10.2 Pelajar harus mengkaji soalan-soalan peperiksaan awam
pada tahun-tahun
yang lepas untuk mengetahui:
i. Format dan peraturan bagi peperiksaan mata pelajaran itu
termasuk format dan
peraturan
menjawab soalan atau mengisi kertas jawapan.
ii. Bilangan, bentuk dan susunan soalan-soalan
iii. Masa untuk peperiksaan mata pelajaran itu.
iv. Fakta, konsep, kemahrian berfikir dan kemahiran lain
yang selalu diuji.
10.3 Pelajar seharusnya berlatih sepanjang tahun dalam
teknik menjawab soalan
peperiksaan
supaya mereka tahu bagaimana serta merasa yakin untuk
menjawab soalan peperiksaan awam.
10.4 Dalam proses berlatih:
Pelajari harus mengetahui cara menjawab soalan peperiksaan dengan
contoh-contoh yang sesuai.
10.5 Soalan peperiksaan untuk sesuatu mata pelajaran mungkin
berbentuk objektif,
subjektif atau
kedua-duanya.
10.6 Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif,
guru harus
menentukan pelajar boleh:
i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab
soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas
jawapan
iv. jawab seboleh-bolehnya semua soalan dalam masa yang
diberi
v. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu.
vii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya.
viii. pilih jawapan daripada pilihan beraneka
ix. tandakan jawapan dalam kertas jawapan dengan cara yang
betul
x. semak semua jawapan
10.7 Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk subjektif
atau esei guru harus
menentukan
pelajar boleh:
i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab
soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas
jawapan
iv. jawab semua soalan dalam masa yang diperuntukkan.
v. pilih soalan-soalan yang mudah dahulu.
vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu
vii. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
viii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya
ix. rancang jawapan (3-5 min) sebelum menjawab.
x. tulis jawapan dengan laju serta boleh dibaca
xi. semak semua jawapan.
11. Rumusan
11.1 Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup dan
kemahiran itu
adalah penting untuk pelajar mempelajari dan menguasai
sesuatu yang diajar
oleh anda.
11.2 Guru harus melatih pelajar dalam demahiran belajar
berikut:
i. Kemahiran dalam proses belajar:
Ini melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan
mengaplikasi
ii. Kemahiran menguruskan masa:
Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu
belajar.
iii. Kemahiran perpustakaan:
Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki.
iv. Kemahiran meperoleh maklumat:
Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti, mengumpul,membuat
analisa, dan
menyampaikan maklumat.
v. Kemahiran membaca:
SQ3R (Skim, Question, Read, Recite, Review): Baca sepintas
lalu, menyoal,
membaca, menyebut semula, menyemak.
vi. Kemahiran membuat nota:
Dengan pelbagai cara seperti perkataan penting,singkatan,
simbol,nemoniks,
akronim, lukisan
atau lakaran, dan pelbagai bentuk seperti
objektif,jadual, carta aliran, gambar rajah Venn, peta
konsep atau minda.
vii. Kemiharan memotivasi:
Dengan cara ekstrinsik di mana pelajar dirangsang oleh anda
dengan ganjaran atau
hukumandancara
intrinsik di mana pelajar merangsang diri dengan
ganjaran atau hukum.
viii. Kemahiran mengingat:
Mengulang nota yang telah disediakan dengan berulang kali,
membuat gerakan,
kerja
amali,
eksperimen dan dengan membuat kaitan atau bayangan.
ix. Kemahran menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif
dan subjektif.
Teknik Belajar Cara Sistem PQRST
Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL
Thomas dan Ha
Rabinson dalam buku
mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every
Class". Berikut adalah lima item yang menjadi tunjang sistem ini.
(a) Preview (
mengimbas Tajuk-tajuk Penting )
Dalam item ini
pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam
sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang
menjadi rangka
dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab.
(b) Question (
Menyoal )
Daripada rangka
ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi
penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu
dengan lebih jelas.
(c) Read (
Membaca )
Membaca sesuatu
tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat
menjawab soalan anda
sendiri dari rangka topik.
(d)
Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )
Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar
sesuatu
gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca
isi penting itu
semula tanpa melihat nota
yang telah anda catatkan.
(e) Test ( Ujian
)
Untuk memastikan
anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya,
anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh
dilaksanakan iaitu
melaksanakan ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan
teknik soal jawab dengan bantuan rakan.
Bahan
No comments:
Post a Comment